Wednesday 28 September 2011

inilah realiti bangsa aku iaitu MELAYU.......

Dimana adanya MELAYU??


Pastinya di Kelantan dan Terengganu..
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu..
Di Akademi Fantasia dan Juara Lagu..
Di Jom Heboh orang MELAYU berpusu-pusu..
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulunya di Pudu..
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu..
Dan di selekoh, duit rasuah dorang pun sapu..
Di pusat serenti, akibat ketagihan dadah dan candu..
Di malam Kemerdekaan dan Malam Tahun Baru..
Terkinja-kinja, best gila menari macam hantu..


Apa Hobi Orang MELAYU??


Terkenal dengan budaya malas dan lesu..
Melepak buang masa tak jemu-jemu..
Atau baca Majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu..
Tengok Telenovela daripada Filipina dan Peru..
Berpusu-pusu pergi tengok Pameran Hantu..
Sambil makan Junk Food, Kuaci dan Maruku..
Sibuk bercerita pasal Datuk K dapat bini baru..
Apa pakaian Siti pakai itu yang nak tahu..
Mana tak gendut berpenyakit selalu..
Kalau nak berlagak MELAYU masih NO 1..
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tauhu..
Boleh tak jumpa mereka di Kedai Buku??..
Atau di Perpustakaan dan Majlis Ilmu..
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu..
Ada, tapi kurang sangat mereka di situ..


Kenapa MELAYU jadi begitu??


Nak salahkan siapa ibu bapa atau guru..
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu..
Ayat lazim di mulut ialah MELAYU malas selalu..
Nak harap kerajaan sahaja membantu..
Terutama sekali kontraktor kelas satu..
Tak habis-habis bergaduh nak jatuhkan siapa dulu..
Pasal jambatan senget atau siapa Tok Penghulu..
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu..
Sampai bila kita nak tunggu..
Bangsa MELAYU jadi bangsa yang maju..
Boleh!! dengan beberapa syarat tertentu..
Pertama dengan banyak menguasai ilmu..
Kata Nabi, ikutlah Al-Quran dan Sunnah ku..
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu..
Tapi apa yang kita tahu..
Cuma baca apabila nak halau hantu..
Itulah MELAYU bangsaku..




p/s: artikel ni aku terjumpa dalam pendrive aku..aku sangat tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan tu..so, aku kongsilah dengan korang semua.. :)